Smartwound application
MYPI2025000884A0Pending Publication Date: 2026-08-06NUR SHAHIDA BINTI ARDAIN
0 Cites 0 Cited by
Patent Information
- Application Number
- MYPI2025000884
- Authority / Receiving Office
- MY · MY
- Patent Type
- Applications
- Current Assignee / Owner
- Filing Date
- 2025-02-06
- Publication Date
- 2026-08-06
Abstract
Penjagaan luka adalah aspek kritikal dalam penjagaan kesihatan yang memerlukan perhatian teliti bagi memastikan proses penyembuhan yang optimal dan mencegah komplikasi seperti jangkitan. Satu inovasi teknologi dalam bentuk aplikasi mudah alih untuk cucian luka diperkenalkan untuk meningkatkan kualiti penjagaan pesakit. Inovasi ini adalah sebagai penyelesaian menyeluruh untuk meningkatkan pengurusan penjagaan luka melalui teknologi digital. Aplikasi Smartwound adalah sejenis inovasi aplikasi berpandukan Garispanduan Penjagaan Luka Di Fasiliti Kesihatan Primer, BPKK, KKM 2019 untuk menilai jenis luka dan pemilihan dressing yang sesuai dengan jenis luka. Tiada lagi aplikasi seperti ini di pasaran semasa dan ia mempunyai potensi pengkomersialan. Inovasi ini tercetus setelah mengenalpasti beberapa masalah melalui kajian yang kami jalankan. Antara masalah yang dikenalpasti ialah interprestasi luka bergantung kepada pengetahuan individu dan ini akan mengakibatkan kebarangakalian berlaku pemilihan dressing yang tidak sesuai dengan jenis luka. Ia akan mengakibatkan proses penyembuhan luka yang lambat, meningkatkan kos bahan yang diperlukan untuk penjagaan luka dan menambahkan beban tugas staf kesihatan. Selepas aplikasi Smartwound diperkenalkan, interprestasi luka adalah berpandukan garis panduan penjagaan luka di fasiliti Kesihatan primer yang lebih mudah untuk digunakan. Dengan berpandukan garispanduan yang sebenar, maka pemilihan dressing yang sesuai dan betul dapat dilakukan. Ini akan menyebabkan proses penyembuhan luka menjadi lebih cepat dan baik, menjimatkan kos bahan yang diperlukan untuk penjagaan luka dan mengurangkan beban tugas staf Kesihatan. Ia dapat meningkatkan kepuasan pelanggan di fasiliti. Aplikasi dapat dimuat turun secara percuma dan mesra pengguna. Inovasi ini dapat merealisasikan objektif Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendigitalisasikan proses kerja di lapangan.
Need to check novelty before this filing date? Find Prior Art