Vehicle anti theft and child safety
MYPI2018500012A0Undetermined Publication Date: 2019-09-12MOHAMAD HASLAN BIN SAMSUDIN +2
0 Cites 0 Cited by
Patent Information
- Application Number
- MYPI2018500012
- Authority / Receiving Office
- MY · MY
- Patent Type
- Applications
- Current Assignee / Owner
- Filing Date
- 2018-03-12
- Publication Date
- 2019-09-12
Abstract
Mempunyai sebuah kenderaan merupakan suatu keperluan pada masa kini. Bagaimana pula seandainya kenderaan yang kita perlukan dicuri. Pedih rasanya, seperti patah kaki dibuatnya. Di Malaysia, kes kecurian kenderaan tetap menjadi satu gejala yang tidak dapat dinafikan amat kerap berlaku. Sebanyak 19,304 kes kecurian kenderaan dilaporkan berlaku pada tahun 2016 berdasarkan statistik daripada General Insurance Association of Malaysia (PIAM). Ini bermakna setiap hari terdapat antara 52-53 kes kecurian berlaku. Setiap jam pula 2 buah kenderaan akan dicuri. Di samping itu juga, terdapat kes kematian kanak-kanak akibat tertinggal dalam kenderaan tanpa sengaja oleh ibubapa. Berdasarkan kedua-dua kes ini iaitu kes kecurian kenderaan dan kehilangan nyawa kanak-kanak akibat kecuaian ibubapa, maka skop kajian kami adalah untuk menghasilkan produk anti kecurian serta dalam masa yang sama dapat menyelamatkan nyawa kanak-kanak. Melalui kajian yang dibuat, maka terhasillah 2 produk inovasi yang digabungkan penggunaannya bagi mencegah kecurian kenderaan dan menyelamatkan nyawa. Produk pertama ialah Starter Bypass - Touch & Start. Ianya berfungsi dengan menggunakan kaedah sentuhan jari. Pengguna masih boleh menggunakan kunci kereta seperti biasa, cuma perlu menyentuh 'sensor sentuhan' yang telah dipasang secara tersembunyi dan tidak kelihatan. Hanya pemilik kenderaan yang mengetahui kedudukan 'sensor sentuhan' tersebut. Kombinasi kunci dan 'sensor sentuhan' dapat meningkatkan lagi tahap keselamatan kenderaan. Produk kedua dikenali sebagai Arduino - Motion Detection. Produk ini menggunakan peralatan arduino sebagai perantinya dan sensor 'Passive Infra Red' bertujuan untuk mengesan sebarang pergerakan yang berlaku dalam kenderaan. Produk ini menggunakan aplikasi Arduino Bluetooth Control Device yang boleh dimuat turun ke dalam 'smart phone' pemilik kenderaan. Penggunaan akan mengaktifkan produk keselamatan ini melalui aplikasi bluetooth selepas meninggalkan kenderaan. Sekiranya terdapat sebarang pergerakan di dalam kenderaan maka sensor PIR akan mengesan dan menghantar isyarat ke peranti arduino. Serentak itu juga maka siren tambahan akan berbunyi dan mengejutkan pencuri atau memaklumkan bahawa terdapat pencerobohan kenderaan. Seterusnya peranti arduino akan membuat panggilan ke telefon pemilik kenderaan serta menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) untuk memaklumkan bahawa terdapat pergerakan dalam kenderaannya samada terdapat pencuri atau tertinggal kanak-kanak. Kami berharap dengan adanya produk ini dapat meningkatkan lagi tahap keselamatan kenderaan dan juga dapat menyelamatkan nyawa penumpang. Kata Kunci: Penghasilan produk anti kecurian kenderaan dan selamatkan nyawa penumpang.
Need to check novelty before this filing date? Find Prior Art
